Sunday, May 3, 2009



Bandar Qairawan di Tunisia dan Masjid Uqbah bin Nafi'



Dalam membincangkan kejayaan Islam untuk berkembang ke dunia Eropah, tidak dapat diabaikan satu bandar penting iaitu Qairawan. Bandar itu terletak di dalam negara Tunisia sekarang. Qairawan pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan islam. Disinilah pemerintahan Musa bin Nusair berpusat. Musa bin Nusair adalah Gabenor kerajaan Umawi yang berpengkalan di Damsyik Syiria.
Pembukaan bandar Qairawan dilakukan oleh Uqbah bin Nafie' yang akhirnya mati syahid disana. Dalam era pembukaan Islam dan kegemilangannya, semangat jihad membara dalam diri pembesar Islam. Musa bin Nusair sediri akhirnya menuruni tahkhta sebagai Gabenor utara Afrika kerana ingin menyertai siri jihad yang di pelopori oleh Tariq bin Ziad. Akhirnya mereka berdua menguasai Spanyol dalam masa 3 tahun sahaja. 






2 comments:

Anonymous said...

slm.syukran atas maklumat ni.sy sdg belajar dlm bidang qiraat di mesir.salah satu subjek yg kami bljr adalah tarikh qurra'.ada seorang imam qiraat yg lahir di qairuwan tp tak disebutkan qairuwan itu di negara mana.skrg baru sy tahu qairuwan itu di tunisia.tntu pd zmn dahulu ia masuk dlm empayar khurasan.jazakALLAHukhairan ya ust:)

UstazRosli said...

alhamdulillah, skukran n selamat belajar