Tuesday, April 14, 2009

Akan Terbit ! ! ! !

Akan terbit beberapa hari lagi Insyaallah!!!!

Sedutan buku Kerajaan Islam Spanyol:

Mendengarkan bilangan musuh yang ramai, Tariq bin Ziad dengan segera meminta bantuan dari Musa bin Nusair. Musa kemudiannya menghantar 5,000 orang askar tambahan bagi menguatkan kedudukan tentera Islam di sana. Dengan sampainya bantuan dari tanah Afrika itu, jumlah kekuatan tentera Islam bertambah mencapai jumlah sekitar 12,000 orang.

Jumlah ini sememangnya amat sedikit berbanding dengan kekuatan pihak Kristian Sepanyol. Namun demikian, berbekalkan semangat dan keikhlasan, tentera Islam meneruskan kemaraan mereka sehinggalah berlakunya pertembungan dengan tentera Raja Rodrick. Peperangan ini dikenali dengan nama Peperangan Wadi Barabat. Peperangan berlaku selama 8 hari, bermula pada dua malam terakhir Ramadan dan berakhir pada hari keenam Syawal bersamaan 711M. Dengan pertolongan Allah, kemenangan akhirnya berpihak kepada tentera Islam.

Bertambahlah keyakinan tentera Islam terhadap janji Allah, berapa banyakkah kumpulan yang sedikit bilangannya dapat menumpaskan kumpulan yang ramai. Dengan berbekalkan keyakinan ini Tariq bin Ziad mara dari satu bandar ke satu bandar untuk menjadikan setiap bandar yang dibuka, tunduk kepada kekuatan Islam

No comments: