Wednesday, April 15, 2009

Hari Kedua Pesta Buku

Sudah agak ramai graduan Universiti2 di Maghribi, tapi ramai dikalangan mereka yang tidak mengetahui sejarah Maghribi dan Andalus yang agung secara terperinci.
Ramai juga org Malaysia yg berminat untuk mengetahui sejarah ini tetapi tiada bacaan ringan yg terperinci.

 Insyaallah buku terbaru saya Kerajaan Islam Spanyol akan ada di pesta buku di PWTC mulai hari kedua pesta buku.
 (Pesta Buku 17-24 April)

Sedutan:

Para ulama Sepanyol mula merasakan perlunya campur tangan Yusuf bin Tachifine sekali lagi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika tidak ada tindakan mengembalikan kesatuan Islam, bumi Sepanyol akan tergadai semula ke tangan pihak musuh. Setelah empat tahun peperangan Zallaqah berlalu, ulama Sepanyol menghantar wakil menemui Yusuf di bandar Marakech sekali lagi. Mereka memohon agar Yusuf bin Tachifine datang dengan kekuatan tenteranya. Kali ini bukan untuk melawan Kristian Sepanyol tetapi bagi menundukkan keegoan raja-raja suku.

Pelawaan ulama Sepanyol itu disambut oleh Yusuf dengan berat. Pada mulanya beliau enggan ke sana, ini disebabkan Yusuf bin Tachifine bimbang tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam. Agama Islam amat melarang melancarkan perang ke atas sesama umat Islam. Namun, akhirnya beliau bersetuju untuk bertindak setelah ulama-ulama Islam lain turut memberi fatwa tentang ‘kepentingan’ tersebut.

Antara ulama yang mengeluarkan fatwa itu adalah Imam al-Ghazali, Imam al-Tharthusyi dan majoriti ulama dari Afrika Utara yang mengeluarkan fatwa keharusan menggunakan kekuatan ketenteraan atau kekerasan di wilayah Sepanyol bagi menghapuskan kepimpinan pemerintah ‘khianat’ yang menggadaikan negara. 

No comments: