Monday, May 18, 2009

Raja Roderic dan Tentera Islam

Sewaktu Tariq bin Ziad memasuki bumi Sepanyol, raja yang Kristian yang memerintah tanah Sepanyol pada ketika itu ialah Raja Roderic. Beliau berbangsa Goths. Bangsa ini dikatakan berasal dari negara Scandinavia. 

Raja Roderic memerintah dalam masa yang singkat sahaja iaitu dari tahun 710-712M. Ini kerana sewaktu kedatangan tentera Islam, Roderic baru saja merampas kuasa dari raja Sepanyol sebelumnya, tidak lama selepas itu pula berlaku peperangan yang telah mengakibatkan kematian Roderic dan tamatnya kuasa kaum Goths atau Visigoth di Sepanyol. 

Dalam peperangan itu sebahagian pengkaji mengatakan tentera Kristian berjumlah 100,000 orang menentang tentera Islam yang berjumlah 12,000 orang sahaja. Bilangan yang sedikit tidak menjejaskan prestasi tentera Islam, sebaliknya kejayaan cemerlang tentera Islam telah memberi tamparan hebat kepada kuasa Kristian di Eropah. Jika kita mengambil pendapat Ibnu Khaldun yang mengatakan tentera musuh berjumlah 40,000 orang pun masih menunjukkan kekuatan tentera Islam. 

Persoalannya ialah mengapa umat Islam begitu kuat? Mereka telah berjalan berminggu-minggu. Mereka jauh dari sanak saudara dan anak isteri. Mereka tidak biasa dengan bentuk muka bumi dan simpang siur jalan di negara orang. Bagi orang Malaysia ada soalan tambahan untuk mereka tanya, apakah tentera Islam ini boleh terbang, ghaib, kebal? Tiada sebarang berita yang menunjukkan mereka memiliki sifat pelik tersebut. 

Rahsia kekuatan orang Islam ketika itu ialah semangat jihad yang menyala-nyala. Mereka keluar dari rumah dan negara mereka untuk mendapat kelebihan syahid. Mereka meredah panas dan hujan demi mencari keredaan Allah. Pada ketika itu segala kuasa di bumi tidak dapat menahan kuasa aqidah dan perjuangan mereka. Teringat kita kepada kisah Bani Israel yang dipimpin oleh Talut. Jumlah mereka amat sedikit tetapi akhirnya mampu mengalahkan Jalut yang lebih kuat dan ramai tenteranya. 

Satu perkara yang boleh kita pelajari ialah kuasa semangat dan kehendak adalah lebih kuat dari kuasa kebendaan.  Sewaktu musuh bersandarkan kekuatan kebendaan semata-mata sedangkan orang Islam bersandarkan persediaan kebendaan dan kekuatan semangat dan kesatuan. 

Salah satu rahsia kekuatan orang Islam ialah mereka membelah bahagikan hati musuh untuk menentang mereka. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Saya akan terangkannya kemudian Insyaallah. 

Jenguk-jenguklah saya disini.....

2 comments:

İrfan Abad said...

salam.saya cuma nak tanya,betol ke hari Valentine yang disambut pada 14 februari adalah sebagai simbol kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia?dari apa yang saya baca, pada hari tersebut, orang Islam dibunuh selepas mereka dikumpulkan dalam beberapa buah kapal.minta pendapat en. rosli.tq

Abdul Azim said...

Sun Tzu "In war, numbers alone confer no advantage. Do not advance relying on sheer military power."