Sunday, April 26, 2009

Perluasan Wilayah Umawi (Umayyah)

Lihatlah betapa luasnya wilayah kekuasaan Kerajaan Umawi. Warna hijau, hijau muda dan oren. Walaupun kerajaan Umawi dari bangsa Arab dan Tariq bin Ziad dari bangsa Barbar, keadaan itu tidak menghalang beliau dari memberi sumbangan besar terhadap kekuatan negara itu. Bagi Tariq, menyebarkan Islam adalah motif utama.

Friday, April 24, 2009

Tariq bin Ziad

Tariq bin Ziad adalah dari bangsa Barbar. Bangsa Barbar merupakan penduduk terawal di utara Afrika. Sebahagian ahli sejarah berpendapat mereka berketuunan Arab Yaman. Namun demikian pendapat yang lebih mashur ialah mereka berasal daripada Jerman, nama  lain bagi Barbar ialah Amazigh. Kedua-dua perkataan ini bermaksud, orang yg bebas, penduduk asli dan beberapa makna lagi.

Wednesday, April 22, 2009

Tariq bin Ziad mula berlabuh









Kedudukan bandar Gibraltar, Spanyol. Disinilah Tariq bin ziad mula berlabuh. Beliau memilih kawasan ini kerana kedudukannya yang strategik dan bukitnya yang curam menyebabkan pergerakan musuh amat sukar untuk menyerangnya. Peta ini menggunakan bahasa Spanyol.


Sunday, April 19, 2009


Inilah dia bandar Tengier atau dalam bahasa Arab Tonjah. Disinilah tempat Tariq bin Ziadmula menyeberangi Selat Gibraltar bagi memulakan misi penaklukannya. Dia membawa bersamanya 7000 orang tentera Islam yang terdiri daripada kaum Barbar. Dengan berbekalukan semangat jihad yang membara mereka melangkah.







Wednesday, April 15, 2009

Hari Kedua Pesta Buku

Sudah agak ramai graduan Universiti2 di Maghribi, tapi ramai dikalangan mereka yang tidak mengetahui sejarah Maghribi dan Andalus yang agung secara terperinci.
Ramai juga org Malaysia yg berminat untuk mengetahui sejarah ini tetapi tiada bacaan ringan yg terperinci.

 Insyaallah buku terbaru saya Kerajaan Islam Spanyol akan ada di pesta buku di PWTC mulai hari kedua pesta buku.
 (Pesta Buku 17-24 April)

Sedutan:

Para ulama Sepanyol mula merasakan perlunya campur tangan Yusuf bin Tachifine sekali lagi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika tidak ada tindakan mengembalikan kesatuan Islam, bumi Sepanyol akan tergadai semula ke tangan pihak musuh. Setelah empat tahun peperangan Zallaqah berlalu, ulama Sepanyol menghantar wakil menemui Yusuf di bandar Marakech sekali lagi. Mereka memohon agar Yusuf bin Tachifine datang dengan kekuatan tenteranya. Kali ini bukan untuk melawan Kristian Sepanyol tetapi bagi menundukkan keegoan raja-raja suku.

Pelawaan ulama Sepanyol itu disambut oleh Yusuf dengan berat. Pada mulanya beliau enggan ke sana, ini disebabkan Yusuf bin Tachifine bimbang tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam. Agama Islam amat melarang melancarkan perang ke atas sesama umat Islam. Namun, akhirnya beliau bersetuju untuk bertindak setelah ulama-ulama Islam lain turut memberi fatwa tentang ‘kepentingan’ tersebut.

Antara ulama yang mengeluarkan fatwa itu adalah Imam al-Ghazali, Imam al-Tharthusyi dan majoriti ulama dari Afrika Utara yang mengeluarkan fatwa keharusan menggunakan kekuatan ketenteraan atau kekerasan di wilayah Sepanyol bagi menghapuskan kepimpinan pemerintah ‘khianat’ yang menggadaikan negara. 

Tuesday, April 14, 2009

Akan Terbit ! ! ! !

Akan terbit beberapa hari lagi Insyaallah!!!!

Sedutan buku Kerajaan Islam Spanyol:

Mendengarkan bilangan musuh yang ramai, Tariq bin Ziad dengan segera meminta bantuan dari Musa bin Nusair. Musa kemudiannya menghantar 5,000 orang askar tambahan bagi menguatkan kedudukan tentera Islam di sana. Dengan sampainya bantuan dari tanah Afrika itu, jumlah kekuatan tentera Islam bertambah mencapai jumlah sekitar 12,000 orang.

Jumlah ini sememangnya amat sedikit berbanding dengan kekuatan pihak Kristian Sepanyol. Namun demikian, berbekalkan semangat dan keikhlasan, tentera Islam meneruskan kemaraan mereka sehinggalah berlakunya pertembungan dengan tentera Raja Rodrick. Peperangan ini dikenali dengan nama Peperangan Wadi Barabat. Peperangan berlaku selama 8 hari, bermula pada dua malam terakhir Ramadan dan berakhir pada hari keenam Syawal bersamaan 711M. Dengan pertolongan Allah, kemenangan akhirnya berpihak kepada tentera Islam.

Bertambahlah keyakinan tentera Islam terhadap janji Allah, berapa banyakkah kumpulan yang sedikit bilangannya dapat menumpaskan kumpulan yang ramai. Dengan berbekalkan keyakinan ini Tariq bin Ziad mara dari satu bandar ke satu bandar untuk menjadikan setiap bandar yang dibuka, tunduk kepada kekuatan Islam

Thursday, April 9, 2009

Sejarah Andalus

Assalamualaikum wbth

Insya Allah, blog ini akan mengupas sejarah Andalus dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang berminat jangan lupa untuk melawati laman ini bagi mendapatkan info yang lebih banyak.

Mudah-mudahan dengan sedikit usaha yang dicurahkan ini, akan dapat mendedahkan kembali sejarah umat Islam yang pernah bertapak di benua Eropah selama 805 tahun.

Wassalam