Monday, May 18, 2009
Raja Roderic dan Tentera Islam
Sunday, May 3, 2009
Bandar Qairawan di Tunisia dan Masjid Uqbah bin Nafi'
Sunday, April 26, 2009
Perluasan Wilayah Umawi (Umayyah)
Lihatlah betapa luasnya wilayah kekuasaan Kerajaan Umawi. Warna hijau, hijau muda dan oren. Walaupun kerajaan Umawi dari bangsa Arab dan Tariq bin Ziad dari bangsa Barbar, keadaan itu tidak menghalang beliau dari memberi sumbangan besar terhadap kekuatan negara itu. Bagi Tariq, menyebarkan Islam adalah motif utama.
Friday, April 24, 2009
Tariq bin Ziad
Tariq bin Ziad adalah dari bangsa Barbar. Bangsa Barbar merupakan penduduk terawal di utara Afrika. Sebahagian ahli sejarah berpendapat mereka berketuunan Arab Yaman. Namun demikian pendapat yang lebih mashur ialah mereka berasal daripada Jerman, nama lain bagi Barbar ialah Amazigh. Kedua-dua perkataan ini bermaksud, orang yg bebas, penduduk asli dan beberapa makna lagi.
Wednesday, April 22, 2009
Tariq bin Ziad mula berlabuh
Sunday, April 19, 2009
Wednesday, April 15, 2009
Hari Kedua Pesta Buku
Pelawaan ulama Sepanyol itu disambut oleh Yusuf dengan berat. Pada mulanya beliau enggan ke
Antara ulama yang mengeluarkan fatwa itu adalah Imam al-Ghazali, Imam al-Tharthusyi dan majoriti ulama dari Afrika Utara yang mengeluarkan fatwa keharusan menggunakan kekuatan ketenteraan atau kekerasan di wilayah Sepanyol bagi menghapuskan kepimpinan pemerintah ‘khianat’ yang menggadaikan negara.
Tuesday, April 14, 2009
Akan Terbit ! ! ! !
Akan terbit beberapa hari lagi Insyaallah!!!!
Sedutan buku Kerajaan Islam Spanyol:
Mendengarkan bilangan musuh yang ramai, Tariq bin Ziad dengan segera meminta bantuan dari Musa bin Nusair. Musa kemudiannya menghantar 5,000 orang askar tambahan bagi menguatkan kedudukan tentera Islam di sana. Dengan sampainya bantuan dari tanah Afrika itu, jumlah kekuatan tentera Islam bertambah mencapai jumlah sekitar 12,000 orang.
Jumlah ini sememangnya amat sedikit berbanding dengan kekuatan pihak Kristian Sepanyol. Namun demikian, berbekalkan semangat dan keikhlasan, tentera Islam meneruskan kemaraan mereka sehinggalah berlakunya pertembungan dengan tentera Raja Rodrick. Peperangan ini dikenali dengan nama Peperangan Wadi Barabat. Peperangan berlaku selama 8 hari, bermula pada dua malam terakhir Ramadan dan berakhir pada hari keenam Syawal bersamaan 711M. Dengan pertolongan Allah, kemenangan akhirnya berpihak kepada tentera Islam.
Thursday, April 9, 2009
Sejarah Andalus
Insya Allah, blog ini akan mengupas sejarah Andalus dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang berminat jangan lupa untuk melawati laman ini bagi mendapatkan info yang lebih banyak.
Mudah-mudahan dengan sedikit usaha yang dicurahkan ini, akan dapat mendedahkan kembali sejarah umat Islam yang pernah bertapak di benua Eropah selama 805 tahun.
Wassalam